Kos penyelenggaraan kereta dapat menyelamatkan kos perbaiki kereta. Simpanan sinking fund untuk kereta
Tuan-tuan dan puan-puan pernah anda terkena situasi kereta rosak? tak boleh jalan?, samalah dengan saya. Pada 30 mac 2022, kereta saya telah rosak dan terpaksa berhenti di tengah jalan raya sebelum Phileo Damansara Kuala Lumpur, iaitu sebelum masuk ke office saya di hapan sana. Punca utama kerosakan tersebuh adalah GEAR BOX ROSAK. Apa yang saya terkilan adalah, kenapa perkara ini harus berlaku sedangkan saya telah mengikuti semua jadual penyengalaraan dengan baik dan tepat pada masanya?. Maka saya pon semaklah buku manual yang telah diberikan syarikat pemasang kereta tersebut. Di situ saya sudah highlight, tukar mintak gearbox setiap 160,000 KM????? WHAT A BRAIN IS THIS???? tukar ACTUATOR FLUID ADA CAKAP TAK?????? WHATTTTT!!!
Pandai sungguh pengilang ini nak kenakan pembeli dan penggunanya. Saya sudah sedar dan belajar akan sesuatu yang dilalui kenalah ambil pengajaran dan tindakan pada masa hadapan. Oleh itu, saya harus terus terima kelemahan ini dan pandai2lah perbetulkan keadaan serta menghindari daripada mengulangi kejadian seperti kerosakan kereta. Sekarang ini, saya nak tunjuk sikit pasal penyelenggaraan kereta dapat menyelamatkan kereta semua orang. Post ini khas kepada pemilik kenderaan Hybrid. Saya telah membeli kereta ini sejak 15 May 2018, milage kereta ini sehingga 31 Januari 2024 adalah sekitar 265,000 KM, sebelum saya menjadi penasihat kewangan, saya bekerja sebagai pemandu E-hailing bermula dengan Uber > Grab > Airasia Rides.
Dari segi pengamal perancang kewangan, sebelum beli kereta, saya akan kira kos penyelengaraan sesuatu kenderaan sebelum membeli kereta tersebut. Ini saya namakan simpanan sinking fund untuk penyelenggaraan kerta. Di website itu, saya dapati ada kos penyelenggaraan setiap 10,000 KM. Saya pastikan semua kos penyelenggaraan tambah kos insurance tambah kos instalment tambah kos lain-lain untuk operasi kenderaan tidak melebihi angaran pendapatan tahunan. Saya akan cuba dapatakn kos sinking fund tidak melebihi 50% dari pendapatan kasar dari operasi e-hailing. INGIN SAYA INGATKAN SEMUA, duit simpanan terikat (sinking fund) dan duit kecemasan tidak boleh di satukan kerana ada risiko untuk kebocoran aliran tunai disebabkan olehh moral hazard; oleh itu simpan di tabung yang lain supaya tidak terlebih keluar duit akibat berbelanja.
Alternatif lain selain dari kenderaan pembakar api dalaman (ICE - internal combustion engine) dan hybrid, saya mengesyorkan agar orang ramai beralih kepada kenderaan elektrik (EV - electric vehicle). Ini kerana, kenderaan elekrik dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 95% daripada kereta; ini disebabkan oleh kenderaan elektrik tidak mempunyai banyak tidak banyak bahagian yang bergerak, sekaligus dapat mengurangkan geseran, pakai dan koyak. Contoh kenderaan elekrik seperti, tesla, BYD, hyundai ionic dan kona dan sewaktu dengannya. Akhir sekali, kita semua bertanggung jawab atas kewangan kita, janganlah berbelanja lebih dalam penyenlenggaraan kereta kerana dia akan merendahkan aliran tunai yang sepatutnya boleh dibuat pelaburan yang menguntungkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan facebook Honda i-DCD Hybrid Fit/Jazz/City/Grace/Vezel/HRV Fans Club dan kumpulan whatsapp honda city hybrid. Mereka banyak tunjuk ajar pelbagai cara untuk gunakan dan selengara kereta. Semoga ada kereta hybrid boleh terus berjalan dan mencapai 1 juta KM pertama.
Rumusannya, kereta ini hayatnya tak lama, kebanyakan kereta bertahan sehingga 10 tahun kemudian tukar kepada kenderaan baru. Kenderaan ICE dan hybrid perlu banyak kos penyelenggaraan berbanding kereta elektrik. Jadi pada masa akan datang, kita sema mesti pakai kereta EV supaya dapat menjimatkan duit dan gunkan lebihan duit untuk pelaburan. Semoga kita dapat belajar daripada kesilapan yang lalu dan berubah kepada kebahagiaan hidup.
Zaeim Abdullah, IFAR, UTSC, Assoc. ShRFP.
hubungi saya untuk pertanyaan pasal duit, simpanan dan pelaburan.
Ulasan
Catat Ulasan