Tentang Saya

  PENGENALAN DIRI SAYA


  Selamat berkenalan, nama saya Muhammad Za'eim Bin Abdullah (panggil saya "Zaeim"). Saya lahir di KL dan membesar di Selayang. Saya seorang yang suka belajar dan mencabar diri sendiri.

  Pendidikan saya belajar di SMK Selayang Bharu, SPM tahun 2012. Lepas tu, saya sambung belajar di Deakin University, Melbourne, Australia dalam bidang Diploma Information Technology. Saya juga ada ambil dan lulus beberapa peperiksaan profesional seperti PCE-CEILLI (MII), Takaful Basic Examination (MTA), CUTE (FIMM) dan CertMII (MII). Saya juga ada belajar dan lulus sebagai Associate Shariah Registerd Financial Planner di MFPC untuk dapat sijil profesional supaya saya boleh praktis sebagai penasihat kewangan dan dapat gelaran Islamic Financial Advisor Representative (I-FAR) yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM); seterusnya, saya peroleh lesen perancang kewangan Capital Market and Services Representative License - Financial Planner (LFP) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

  Pengalaman kerja pertama saya ialah sebagai technical support dan customer service di Lowyat. Selepas tu, saya kerja sebagai part time delivery driver di Australia selama dua setengah tahun. Balik Malaysia, saya kerja pelbagai pekerjaan termasuk dalam industri filem sebagai sound assistance; kemudian jadi pemandu e-hailing dari 2017 - 2023. Semasa era pandemik tahun 2020, saya tak dapat nak memandu. Maka, saya sertai Hong Leong Assurance sebagai ejen insuran; ini adalah pengalaman professional pertama saya dalam industri kewangan. Selepas berkhidmat dari Oktober 2020 hingga Disember 2023, saya naik taraf diri saya untuk menjadi seorang penasihat kewangan. Seterusnya, saya menyertai YES Financial Berhad sebagai wealth planner. Dalam kerja sekarang ni, saya perlu beri khidmat pelanggan saya dan nasihatkan pelanggan tentang : 




  Awak boleh cari saya di facebook, instagram, X, Linkdin, youtube dan tiktok untuk perkembangan semasa. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, pergi ke halaman "Hubungi saya". Isi maklumat di situ dan saya akan hubungi awak semula dalam 1 hingg 3 hari.

  Semoga perkongsian saya dapat membantu awak dalam merancang duit dan masa hadapan awak dengan baik demi kebahagiaan bahagia diri sendiri orang yang awak sayangi. "It's not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep it for." pesan Robert Kiyosaki, penulis buku kewangan yang terkenal.


No. Ahli Persatuan

MFPC : M30017293

FIMM : 719-0-20112

Security Commission Malaysia : eCMSRL/C3852/2024

I-FAR : https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory/far


Sijil Kelulusan Kemahiran





Zaeim Abdullah, I-FAR (BNM), LFP (SC)

*itu gambar saya semasa merantau luar negara di Dalat, Vietnam pada oktober 2023.