Kegunaan Kredit kad adalah untuk melindungi pembelian
Inilah kebaikan gunakan kad kredit. Kredit guna duit bank untuk transaksi, kira hutang dgn bank; ada masalah boleh cakap kena fraud, charge back dan dapat duit semula, kemudian tukar kad baru. Berbanding dgn kad debit, transaksi direct tolak duit dari saving akaun; duit simpanan jadi lebur, duit kena fraud tak kembali semula.
Keburukan kad kredit ini, kalau tak waspada, benda baik boleh jadi buruk tau. Contohnya beli benda buta2 (compulsive purchase), tak rancang pembelian dan pembayaran akan membuatkan kita berhutang beribu2 ringgit. Kemudian pada hujung bulan, hanya bayar 10% minimum outstanding sahaja; ini membuatkan bank kenakan cas 18% outstanding interest rate (aka management fee) kepada penghutang kad kredit. Paling teruk, tidak bayar kad kredit itu, yang akan menyebabkan nama di senarai hitam (blacklisted) dari sebarang pinjaman, mulakan perniagaan dan untuk keluar negara pada masa hadapan.
Kesimpulannya, rancang pembelian dan pembayaran setiap bulan untuk elak pembaziran. Sentiasa bayar statement amount untuk elak dikenakan interest rate dalam tempoh 20 hari selepas statement date. Serta, pantau statement kredit kad untuk kesan jika berlaku fraudulent payment dalam kredit kad dan telefon bank jika kesan kena fraudulent untuk di charge back. Duit awak tanggung jawab awak. Pandai2 lah jaga kredit kad.
Untuk pentanyaan pasal duit, kewangan, takaful dan pelaburan; Tanya saya.
Zaeim Abdullah, IFAR, UTSC, Assoc. ShRFP.
Ulasan
Catat Ulasan