Hutang dengan bank sebab dia boleh beli hiburan dan ketenangan jiwa.

Walaupon banyak duit, tak bermaksud boleh gunakan duit untuk healing sahaja; dia akan terdedah kepada longevity risk atau hidup terlalu lama. Fikirkan, kalau terjadi situasi hidup terlalu lama, adakah kamu cukup duit ketika usia sudah tua?

Kalau tak cukup duit semasa usia tua, kamu perlukan pendapatan kan? Takkan nak sambung kerja lagi. Dah tua2 kerja sampai umur 70-80 tahun, kalau kerja itu pendedahan risiko rendah boleh la lagi; tetapi kalau pendedahan risiko yang tinggi adalah sangat tidak baik untuk diri sendiri dan orang lain, elok berhenti kerja sesudah usia tua.

Kalau awak claim hidup ini sementara ataupon YOLO, boleh aje hidup. Kalau dah berhutang tiba2 lanjut sampai ke hari tua dah tentu mencari padah. Kita mesti tukar fikiran bahawa, lebih banyak hutang lebih banyak kena bekerja dan kehidupan tidak akan tenang selagi hutang tidak di selesaikan.

Akhir sekali, hutang sebenarnya bukan untuk semua orang dan hutang tak perlukan sesiapa untuk berhutang dalam hidup mereka. Berhutang ini ada baik dan buruknya, oleh itu kita wajar berhati2 bila berhutang, kerana hutang boleh membebankan seseorang pada masa hadapan jika tidak diurus dengan cekap. Nak elak hutang? Lebih baik menyimpan dan melabur; kemudian hati pon tenang. Sikit² lama² jadi bukit.

Zaeim Abdullah, IFAR, UTSC, Assoc. ShRFP.
hubungi saya untuk pertanyaan pasal duit, simpanan dan pelaburan.

Ulasan